Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Ahad, 28 Jun 2009

Hari Sukan Tahunan SMK Tanah Putih 2009

Mari Bersukan

Berlangsung pada 28 Jun 2009 bersamaan hari Ahad di Stadium Darul Makmur, Pahang. Acara bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Upacara perbarisan dan menaikkan bendera serta bacaan ikrar oleh wakil pelajar dimulakan bagi memeriahkan Hari Sukan Tahunan ini dan seterusnya majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Peter Cheah yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMK Tanah Putih.

Semua acara berjalan lancar dan meriah sekali dengan semangat kesukanan yang ada pada diri para pelajar. Guru-guru turut bersemangat memberi sokongan yang kuat bagi rumah sukan masing-masing. Walaupun dalam keadaan cuaca yang amat panas terik, para guru dan para pelajar tetap memberi kerjasama bagi melancarkan program ini. Acara yang diteruskan pada hari tersebut hanyalah acara balapan.

Penyampaian hadiah adalah dipenghujung program di mana para pelajar beramai-ramai berkumpul di atas padang. Perbarisan rumah sukan telah dimenangi oleh rumah kuning manakala, bagi perbarisan badan beruniform telah dimenangi oleh pasukan Kor Kadet Polis.

Kedudukan rumah sukan bagi tahun 2009 ialah:
1)Hijau
2)Biru
3)Merah
4)Kuning


Sabtu, 27 Jun 2009

Jualan Gula-Gula

Siapa cepat dia dapat...
Kerja amal melalui jualan gula anjuran PPS amat menggalakkan.

Hari NILAM bulan Jun 09 SMKTP

Hari NILAM bulan Jun 09 SMKTP telah dijalankan di Dewan Besar SMKTP pada 26.6.2009 bermula jam 7.20 pagi sehingga 8.30pagi. Dikendalikan oleh Pn. Yeong Su Ping dan dibantu oleh PPS unit NILAM, guru-guru tingkatan dan ketua serta penolong ketua kelas. Disokong penuh oleh Tuan Pengetua dan GPK HEM. Kawalan pelajar dibantu oleh guru-guru disiplin dan juga pengawas sekolah.
Aktiviti : Mengira dan merekod bilangan bacaan pelajar T3,T4 dan T5. Hari NILAM terakhir 2009 buat pelajar T3 dan T5. T4 akan sambung aktiviti NILAM sehingga akhir tahun manakala T3 akan sambung ketika di T4. Mengenal pasti pelajar yang tidak menyertai NILAM (tidak bawa buku NILAM atau tidak menulis di buku NILAM). Akan merekodkan kesalahan ini dalam e-disiplin. Pn. Yeong turut mempromosi buku-buku.

Lantikan Majlis Tertinggi PPS SMKTP

Barisan Hadapan PPS SMKTP.
Perlantikan dilakukan semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin. Mereka dipertanggungjawabkan membantu guru PPS menjaga harta sekolah bersama. Kenalilah wajah-wajah pelajar harapan pihak sekolah. Sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang harapan sekolah, jangan tunggu lagi, lantiklah diri sendiri untuk menjadi PPS.


Jualan Buku

Mari Membeli Buku Terpakai Pada Separuh Harga


Gerbang PPS

Bilik Galeri
Galeri ini terletak di paras 2 bangunan makmal.
Menempatkan kesemua peristiwa dan kenangan guru dan pelajar dahulu dan sekarang.
Pelawat boleh melihat alatan sekolah yang digunakan pada masa dahulu dan juga pelbagai piala yang dimenangi hasil usaha pelajar dan guru SMKTP.






Jumaat, 19 Jun 2009

Sensasi..panas..


Mengandungi berita2 terkini perjalanan seharian smktp...

suasana di bilik editor sinar pagi SMK Tanah Putih.