Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Ahad, 23 Ogos 2009

JUADAH penambah selera...

SAMBAL HITAM kak zimah...

Bahan-bahannya.
  • Belimbing buluh yang sudah direbus hitam
  • Cili padi
  • Ikan bilis
  • Bawang besar
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  • Kisar semua bahan.
  • Tumis
  • Hidang sebagai collek!!!

MADAH RAMADHAN,,,

AHAD cari ISNIN,
Nak tanya nampak tak SELASA,
Agar ingatkan RABU,
Bagitau KHAMIS,
Supaya tak lupa,
Mesej kata JUMAAT,
Yang SABTU dah puasa!!!
NTAH APA-APA......

Sesungguhnya aku merinduimu,

Setiap saat ternanti-nanti kehadiranmu,
Dan insyaAllah..jika jodoh kita,
Pasti kita akan bertemu...
Wahai
"RAMADHAN"
Selamat berpuasa;-)


Bila mata bertemu mata,
Akan mula rasa kasih,
Bila hati bertemu hati,
Akan mula rasa sayang,
TAPI..
Bila dahi bertemu sejadah,
Akan terasa kebesaran Allah!
SELAMAT BERPUASA....


Perkataan yang cantik "ALLAH",
Lagu yang merdu "Azan",
Novel yang menarik "Al-Quran",
Senaman yang baik "Sembahyang",
Diet yang mujarab "Puasa",
Selamat menyambut bulan Ramadhan...

RAMADHAN BULAN YANG SUCI

Selasa, 18 Ogos 2009

Kecoh...kecoh...3 orang pelajar kita telah dijangkiti H1N1!!!

Dengar sini semua pelajar...bawa bertenang...3 orang pelajar kita telah melakukan pemeriksaan darah dan 2 daripadanya disahkan positif. Oleh itu, cikgu akan edarkan surat penutupan sekolah akibat Influenza A ini sebagai langkah pencegahan. Penutupan sekolah bagi bencana wabak ini adalah sehingga 24 Ogos 2009. Maka, dengan itu penutupan ini bersambung dengan cuti sekolah penggal kedua sehingga 30 Ogos 2009 beserta Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2009. Pelajar & guru diwajibkan kembali ke sekolah pada 1 September 2009. Jangan tak datang pula. Kemungkinan Percubaan PMR akan bersambung minggu selepas cuti sekolah atau sehingga diberitahu kelak.

Para guru & pelajar diwajibkan berkurung di rumah sepanjang tempoh penutupan & cuti sekolah ini supaya tidak dijangkiti virus yang sedang mengganas ini.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri..Ingat semua bahawa virus ini akan menyerang golongan kanak-kanak bawah 15 tahun dan dewasa berumur 50 tahun ke atas.

Isnin, 17 Ogos 2009

Marilah lihat durian ini...pelik tapi benar


Inilah durian yang dikatakan pelik tapi benar...
Biasanya kita tengok durian bewarna hijau tetapi durian ini bewarna putih. Satu-satunya durian yang hanya boleh terdapat di SMK Tanah Putih, Kuantan. Kalau tak percaya marilah datang lihat sendiri.
Cikgu ini malu untuk bergambar bersama durian yang dibelinya..nanti orang kata "nak cari publisiti murahan la tu". Durian ini akan dijadikan pameran untuk tatapan umum.

Bekerjasama..inilah nilai yang diterapkan dalam diri pelajar SMKTP

Para pelajar ini adalah yang terpilih untuk menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti ini dibuat pada hari Sabtu (15 Ogos 2009) bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang. Kerjasama yang mereka berikan amatlah berbaloi kerana taman ini menjadi lebih indah di kawasan yang lapang berdekatan dengan Kantin dan Blok C. Taman ini pasti akan menjadi latar belakang untuk sesiapa saja yang ingin bergambar. Kalau tak percaya, kita tengok nanti ye....

Ha...simen elok-elok ye dik, jangan runtuh pulak batanya macam Taman Kelab Pencinta Alam Sekitar di belakang dewan sekolah nanti tak cantik pulak jadinya.
Cangkul baik-baik, nanti terkena kaki tak pasal-pasal masuk hospital.
Fuhhh..penat betul. Keringat membasahi dahiku..Inilah hasil kerja pelajar Tingkatan 3 tak perlulah disebut nama masing-masing nanti dikatakan nak mencari publisiti murahan pula. Terima kasih kepada yang membantu terutama sekali guru yang membimbing mereka iaitu Anisah Yusrina Bt Ahmad @ Saifuddin, Guru Penasihat Kadet Polis.

Sebenarnya, ini adalah Taman Kadet Polis.
...Sekian, terima kasih...

Kehadiran Pelajar Yang Amat Mengkagumkan Pada Hari Sabtu

Inilah jumlah pelajar yang hadir pada hari Sabtu bagi menggantikan sekolah sempena cuti Deepavali akan datang. Guru-guru yang berada di hadapan sedang berusaha keras untuk menyelamatkan para pelajar ini dari gejala yang tidak berfaedah dengan menggabungkan kelas. Gara-gara Influenza A (H1N1) ni, maka ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk tidak hadir ke sekolah. Mereka yang hadir ini adalah yang terbaik.

Kelas mana nak digabungkan dengan 4A1 ni ye hmmm...pening kepala kawan....

SYABAS KEPADA PELAJAR YANG HADIR!!!

Isnin, 10 Ogos 2009

Jaga-jaga wahai warga SMK Tanah Putih...H1N1

Hari ini pegawai kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan ke atas setiap pelajar yang tidak sihat. Jadi, mana-mana pelajar atau guru yang dapati dirinya tidak sihat boleh lah dapatkan pemeriksaan sebagai langkah berjaga-jaga... Ramai pelajar beratur di luar Bilik Rawatan untuk mendapatkan pemeriksaan secara percuma ini.
(Harap maaf : Gambar-gambar yang berkaitan terpaksa DIKUARANTIN...demi kesihatan....INI AYAT REKAAN SEMATA-MATA.... )

Kematian akibat dari Virus H1N1 ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Berita ini amat memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang mendengar dan membacanya. Orang ramai terutamanya para pelajar tidak digalakkan mengunjungi mana-mana tempat awam. Hal ini kerana dikhuatiri mendapat jangkitan virus tersebut secara tanpa sedar. Harus diingatkan bahawa virus ini mudah dijangkiti oleh kanak-kanak. Beberapa kematian melibatkan kanak-kanak lebih ramai berbanding orang dewasa.

Jadi, sebagai langkah untuk tidak dijangkiti virus tersebut, sama-samalah kita mengikut seruan kerajaan dengan membuat pemeriksaan segera jika didapati tidak sihat. Antara simptomnya adalah demam, selsema, sakit tekak, batuk.

Arahan dari Kementerian agar semua aktiviti di luar kelas dibatalkan. Jadi, semua aktiviti yang telah dirancang bagi minggu ini telah pun dibatalkan seperti Solat hajat, lawatan dan sebagainya.

Apa salah kalian...?

Pn. Rohani mengambil peranan dengan menghebahkan kepada para pelajar Tingkatan 3 & 5 yang beragama Islam supaya memaklumkan kepada ibu bapa bahawa hari Khamis malam Jumaat iaitu pada 13 Ogos 2009 akan diadakan solat hajat beramai-ramai di dewan sekolah sebagai persediaan untuk PMR dan SPM.

Jadi, semua pelajar dan guru beragama Islam digalakkan untuk menghadiri majlis yang penuh dengan keberkatan ini. Sama-sama juga kita mendoakan agar virus H1N1 kini tidak menular begitu hebat sehingga membawa kematian yang tidak diduga jumlahnya. Marilah kita meminta petunjuk dari-Nya dan permudahkan kehidupan kita tanpa penyakit berjangkit.





kenapalah si kecil ni..termenung mengenangkan nasib ataupun tiada siapa yang pedulikan kehadirannya di situ???? kesian... kesian

Sabtu, 8 Ogos 2009

Encik See Koon Suan mewakili Pahang ke Bangkok bagi menghadiri British Council Connecting Classrooms

Seorang guru sekolah ini Encik See Koon Suan , telah menghadiri “British Council Connecting Classrooms – Coordinators’ Training” di Bangkok, Thailand dari 26 – 29 Julai 2009. Sesi latihan antarabangsa ini juga dihadiri oleh guru-guru dan pegawai-pegawai pelajaran dari Indonesia, Vietnam, Korea, Jepun, Taiwan dan juga tuan rumah, Thailand.

Latihan ini bertujuan melengkapkan para peserta-peserta dengan pengetahuan serta kemahiran menjalankan projek British Council Connecting Classrooms (BCCC) di sekolah masing-masing dengan jayanya.

Untuk makluman semua, projek BCCC mula dijalankan di sekolah ini dan 9 lagi sekolah di daerah Kuantan dan Pekan sejak 2008. Pada tahun ini dua buah kelas terlibat iaitu 1K12 dan 2K13. Projek ini juga dilaksanakan di negeri Johor, Penang, Sabah dan Sarawak.

Projek BCCC merupakan projek kolaborasi antarabangsa dan SMTP bergabung dengan sekolah-sekolah di Cardiff (United Kingdom) dan Hanoi (Vietnam). Untuk makluman lanjut projek sila melayari laman web BCCC di http://www.asiandialogues.com/ atau email bccc.smktp@gmail.com

Gambar 1 - En See bersama peserta-peserta dari Thailand, Vietnam, Indonesia dan England

Gambar 2 - En See sedang bertukar idea dengan peserta Thailand

Gambar 3- En See bersama penceramah dari UK dan guru-guru Malaysia yang lain

Khamis, 6 Ogos 2009

KASIH....

Kasih ibu, sepanjang masa...
Kasih bapa, hello saja...
Kasih guru, macam tu juga...
Kasih 'kawan', jaga-jaga...hehehe...jangan pulak terasa...



Inilah keaskitan yang selalu dialami Jia Ru(atlet rumah biru)....
Sehingga membolehkan Hijau ke Puncak Juara...






Semoga cepat sembuhh...SPM dah tak lama lagi...

Jamuan Perpisahan...Pn.Hjh.Ct.CC.

SINAR PAGI dah gi..
REDUP PETANG mari...mari....


Jangan sedih Pn.Ct..
Ikut lah contoh saya....
Keluar menyahut cabaran...
Pulang menjayakan wawasan...
Kira-kira berapa cabaran...?
Tonggak 12....!!!



Ini lah pengakuan ku...seputih baju ku...



Kira cincai2 lor...0-0..
Tunggu raya lambat lagi..
Nak tunggu hamper...lagi la lambat....



Saya setiausaha NUTP akan cuba selesaikan masalah ini..
Saya akan bawa ke Mesyuarat yang akan diadakan di...nnt saya fikir tempatnya ya..



Kami ahli kelab...kira orait je...









Undilah saya....



Yang penting....MAKAN BOLEH!!