Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Sabtu, 6 Mac 2010

Ceramah Maulidur Rasul

Ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Agama Islam ini telah menjemput wakil dari Jabatan Agama Islam Pahang untuk memberi ceramah kepada pelajar dan guru beragama Islam bersempena dengan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. pada 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 yang lepas. Penceramah kita adalah En. Hilmi Bin Mohd Noor dari JAIP manakala, Ustaz Shahrul Iman dari sekolah kita turut memberi sedikit pendedahan tentang Maulidur Rasul.

Bagi mengimarahkan lagi majlis tersebut, penceramah yang disertai oleh beberapa orang pelajar kita telah memulakan selawat di bahagian depan dan diikuti oleh para hadirin. Sesungguhnya, dengan selawat ke atas Nabi ini mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Esa. Amin....


Mesyuarat Rumah Sukan

Mesyuarat Rumah Sukan telah diadakan pada 5 Mac 2010 bagi menentukan ahli jawatan kuasa masing-masing. Mesyuarat ini bermula pada jam 7.45 pagi selepas Perhimpunan Pagi di dewan. Setiap rumah sukan dibahagikan tempat untuk bermesyuarat. Rumah Merah di Dewan Blok Baru, Rumah Biru dan Hijau di Dewan Serbaguna dan Rumah Kuning di Kantin.

Jadi, warga SMKTP sekalian maka bermulalah episod kita untuk melaksanakan aktiviti latihan sukan dengan mematuhi hari yang telah ditetapkan oleh S/U Sukan bagi setiap rumah sukan. Berusahalah kamu sebelum kamu diusahakan. Bersemangatlah demi rumah sukan masing-masing. Sesiapa yang aktif dalam sukan tu janganlah pendamkan bakat anda, dedahkan dan mantapkan lagi supaya tak terbantut....Tak rugi pun, kalau menang dapat MEDAL kalau kalah dapat pengalaman. Semangat satu pasukan mesti ada di kalangan kita.

Rabu, 3 Mac 2010

Makna Disebalik Jenis-Jenis Rambut Anda

01) RAMBUT LURUS
- bijak- seorang yang happy
- bergaya
- cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

02) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung

03) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantic
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

04) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

05) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh

06) RAMBUT SIKIT
- bijak- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil
http://zonlawak.blogspot.com

07) RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah

08) RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang

09) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini.... usaha kasik kusut rambut korang.. )

10) RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
- (Botak)
- kesian..

Don't Try This At Home....

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Selasa, 2 Mac 2010

Bakal-bakal Tentera Udara DiRaja Malaysia

Sekolah kita dijadikan sebagai tempat untuk membuat pemilihan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) bagi lepasan SPM. Calon-calon yang datang ini semuanya dari pelbagai Daerah dan Negeri. Mereka yang datang ni adalah calon-calon yang berminat dengan tentera udara. tapi tak ramai yang datang, sama ada mereka yang muda ni tak tahu atau tak mahu. Jadi, kepada pelajar lepasan SPM yang akan datang atau yang masih menganggur boleh la mohon supaya hidup anda terjamin. Tapi, sebelum tu pastikan tahap kesihatan fizikal dan mental anda amat memuaskan, kalau tak nanti akan ditolak mentah-mentah. Satu lagi perkara penting yang disyaratkan oleh pihak TUDM bagi calon temuduga TUDM iaitu kelulusan SPM mestilah baik dengan lulus dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pemilihan bagi memasuki TUDM adalah sangat menitikberatkan tahap fizikal seseorang itu, kelantangan suaranya dan akademik.

Isnin, 1 Mac 2010

Marilah Kita Beramal Kepada Alam Sekitar

Hebat....sungguh hebat galakan yang diberikan oleh warga SMKTP kepada kempen yang di laksanakan oleh Pn. Yeow. 'Kempen Kitar Semula Alam Sekitar' ini telah berjaya mengumpul barangan terbuang atau terpakai dengan jumlah yang sangat besar. Buktinya? Lihat di bawah....

Dalam masa 3 hari sahaja (23 - 25 Feb 2010), barangan terbuang ini dapat dikumpulkan. Sungguh mengagumkan pada pandangan sinar pagi. Mengikut jumlah yang diperolehi selepas timbangan kesemua barangan tersebut:-
Aluminium > 20 kg
Besi > 3 kg
Kertas > 148 kg
Plastik > 88 kg
Plastik Beg > 1 kg

Tengoklah lori tu, penuh dengan muatan barangan terpakai dari sekolah kita sahaja. Untung Uncle tu, dia boleh buat bisnes dengan sekolah kita je. Gambar terakhir tu Pn.Yeow dengan uncle sedang mengira jumlah jualan yang diperolehi. Menurut Pn. Yeow, hasil yang tersebut akan di salurkan kepada badan-badan kebajikan yang akan diuruskan oleh beliau sendiri.