Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Khamis, 29 April 2010

HARI PEKERJA (1 MEI)

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Isnin, 26 April 2010

Karnival Oh Karnival...Pendidikan!!!!

Dua hari lagi sekolah kita akan menjadi satu hari pesta yang gempak....jualan makanan yang sedap-sedap, ABC yang sudah pasti akan membuatkan tekak ni sentiasa rasa kering, tayangan filem yang hebat-hebat dan menarik untuk ditonton bersama seperti di dalam panggung wayang, pameran dari agensi luar dan aktiviti kokuria yang sangat meriah dari setiap panitia menanti anda semua. Kunjungilah setiap gerai dan tempat-tempat yang disediakan aktiviti. Jangan lepaskan peluang ini kerana karnival pendidikan diadakan hanya sekali setahun.

Sesiapa yang belum membeli kupon, silalah beli melalui guru kelas masing-masing sehingga 27 April. Sekiranya tidak sempat, anda boleh membelinya semasa hari karnival di kaunter urusetia yang disediakan di bahagian hadapan dewan serbaguna.

JANGAN TUNGGU SEHINGGA KUPON HABIS....REBUT PELUANG INI KERANA ANDA PASTI AKAN RASA BERBALOI-BALOI!!!!

Khamis, 22 April 2010

Ujian Darah Hepatitis B

Ujian darah Hepatitis B telah diadakan pada 23 April 2010 mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Dewan Baru SMK Tanah Putih, Kuantan. Ramai pelajar yang terlibat dalam ujian tersebut. Bayaran RM16.00 dikenakan bagi setiap suntikan.















Ketua Pengawas sekolah ini...... dapat ambil darah dalam masa yang singkat, iaitu...


5 Saat sahaja!!!

Waooo....





Karnival Pendidikan SMKTP

Karnival Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih, Kuantan setahun sekali sudah kembali semula! Karnival ini akan diadakan seminggu lagi, iaitu 29 April 2010.

Ingin tahu ada apa acara yang menarik dalam karnival tahun ini??
Mari kita lihat......










Menarik??
Sudah beli kupon??
Kalau belum ,cepat beli ya... Kupon terhad!

Mana boleh dapat kupon??
Carilah guru tingkatan anda~

Jumpa di sana~!

Selasa, 20 April 2010

Ceramah Pergigian

Taklimat pergigian telah diadakan pada 21 April 2010 (Rabu) di dewan blok baru kepada pelajar-pelajar mengikut tingkatan:

  • Tingkatan 3 - 9.00a.m hingga 9.30a.m
  • Tingkatan 4 - 9.40a.m hingga 10.20a.m
  • Tingkatan 5 - 10.45a.m hingga 11.15a.m






Perkhemahan Kadet Polis

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Sekolah-sekolah Daerah Kuantan Tahun 2010. Bertempat di Taman Pertanian, Kuantan. Semua sekolah yang menghantar peserta masing-masing berkampung di sana selama 4 hari 3 malam iaitu bermula pada 12 April dan berakhir pada 15 April. 6 acara dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita iaitu acara Kawad Kaki Berpasukan, Kawad Kaki Individu, Menembak, Rempuh Halangan, Jalan Lasak, Ronda Pandu Arah.

Sekolah kita telah menggondol banyak piala bagi mendapat JUARA KESELURUHAN. Antara acara yang peserta kita membawa pulang piala adalah:

  • Johan Kawad Kaki Berpasukan Lelaki
  • Naib Johan Kawad Kaki Individu Lelaki
  • Johan & Ketiga Kawad Kaki Individu Wanita
  • Johan Menembak Wanita
  • Naib Johan Ronda Pandu Arah Wanita
  • Naib Johan Rempuh Halangan Wanita
  • Platun Terbaik Wanita
  • Platun Terbaik Keseluruhan

Sila melayari Album untuk mendapatkan lebih banyak gambar.

Rabu, 7 April 2010

Pertandingan Bola Keranjang Peringkat MSSM Kuantan

Sekolah kita telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bola Keranjang Peringkat MSSM Kuantan. Pertandingan ini berlangsung dari 29 Mac sehingga 5 April 2010 bertempat di Dewan Serbaguna SMKTP. Perlawanan bagi kategori 18 tahun ke bawah diadakan di Dewan SMKTP, manakala bagi kategori 15 tahun ke bawah pula ditempatkan di Dewan SJK(C) Chung Ching.

Tahniah kepada pemain-pemain tuan rumah kerana mendapat tempat pada kedudukan ketiga dalam pertandingan ini. Usaha gigih perlu digandakan lagi supaya kita menjadi johan pada masa akan datang.

Isnin, 5 April 2010

Larian Desa Sekolah 2010

Larian Desa Sekolah diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat). Semua pelajar mengambil bahagian dan acara larian dilepaskan mengikut kategori yang telah ditetapkan mengikut tingkatan. Sinar pagi kagum dengan semangat pelajar yang berlari untuk mendapatkan pingat yang diidamkan dan dalam masa yang sama nak kumpul mata terbanyak bagi rumah sukan masing-masing.

Akhir sekali, bagi acara umumkan penerima-penerima pingat, pihak sekolah telah menjemput Datuk Chang Hong Seong wakil rakyat bagi BN-Teruntum untuk menyampaikan pingat masing-masing. Rumah sukan Biru memungut mata paling banyak diikuti oleh rumah merah, hijau dan kuning. TAHNIAH kepada pemenang dan berusahalah lagi untuk memungut mata tertinggi dalam Hari Sukan Sekolah bulan Jun ini.

‘MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH’

Sila melayari album untuk mendapatkan lebih gambar.