Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Rabu, 26 Mei 2010

GURU PELATIH TAHUN 2010

TAHNIAH & SYABAS kepada ketujuh-tujuh guru pelatih kita yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak 18 Januari 2010 sehingga 14 Mei 2010 dan Mac sehingga 27 Mei 2010.

Banyak khidmat dan tenaga mereka telah digunakan oleh pihak sekolah. Terima kasih kepada mereka kerana bersabar dan memberi sepenuhnya komitmen kepada tugas yang diberikan. Sinar pagi harap mereka mendapat banyak ilmu dan pengalaman di sekolah ini dan boleh dibawa bersama ke sekolah yang akan ditempatkan.


Terima kasih daun keladi,
Jangan serik datanglah lagi.

Isnin, 24 Mei 2010

Star - RHB Mighty Minds Contest 2010




Tarikh: 23 Mei 2010, Ahad
Tempat: Berjaya Megamall Kuantan
Masa: 9.30 pagi (T1,2,3) & 10.00 pagi (T4&5)

Guru Pengiring: Cik Tan Sho Shan
Pelajar: Chong Chun Shien, Jonathan Phan Kar Jun & Teo Jia Yun (2K12)

Ketiga-tiga pelajar ini telah berjaya melayakkan diri sebagai Johan bagi Peringkat Negeri. Mereka akan ke peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober 2010 di mana pertandingan ini akan berlangsung di Lembah Klang.
TAHNIAH & SELAMAT BERJAYA

Rabu, 19 Mei 2010

Hari Guru 17-5-10

Hari Guru Tahun 2010 telah diraikan bersama-sama dengan semua warga sekolah SMK Tanah Putih pada pagi 17 Mei 2010.


Hari Guru tahun ini bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa".

Jom kita lihat gambar foto yang menarik ini!
Tekan gambar di sebelah kanan ini.


Isnin, 10 Mei 2010

17 MEI 2010 - SAMBUTAN HARI GURU

Sambutan Hari Guru pada tahun 2010 akan diadakan pada 17 Mei 2010 di Dewan Serbaguna Sekolah SMK Tanah Putih. Antara persembahan yang akan dipersembahkan khas untuk semua Guru di SMKTP ialah persembahan nyanyian lagu oleh Kelab Koir di bawah bimbingan Cik Lee Hsiang Chuen, persembahan violin, dan lain-lain persembahan oleh warga SMKTP.

Kepada semua pelajar, ucapkanlah "TERIMA KASIH" kepada semua guru anda sebagai tanda PENGHORMATAN dan PENGHARGAAN anda bukan sahaja pada Hari Guru, tetapi buat selamanya.


TERIMA KASIH CIKGU !!! SAYA CINTAKAN KAMU !!!