Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Rabu, 23 Jun 2010

Hari Sukan SMKTP 2010

Pada Ahad ini, 27 Jun 2010, SMK Tanah Putih akan mengadakan Hari Sukan ulang tahun ke-42 di Stadium Darul Makmur. Pelbagai acara yang menarik akan dipertandingkan di sana.

Banyak hadiah lumayan akan disediakan untuk pemenang-pemenang dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Sorakan anda amat diperlukan! Kami mengalu-alukan kedatangan anda pada hari tersebut.