Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 26 Julai 2010

Ceramah Agama Tentang Isra' & Mi'raj - 23 Julai 2010

Penceramah yang hadir ini dijemput khas dari Pejabat Kadi Kuantan iaitu Ustaz Hamdan Yusri bin Yusof. Beliau yang biasa memberi ceramah melalui Radio Malaysia Pahang amat berjaya menarik perhatian para pelajar dan guru Islam yang mendengar. Pengetua kita pun tak ketinggalan mendengar bersama. Kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya yang diceritakan oleh beliau sangat berkesan untuk semua pendengar mengingati sebelum dan sesudah Isra' & Mi'raj.

Isnin, 19 Julai 2010

BERITA UMUM MINGGU INI

TARIKH : 19 JULAI - 24 JULAI 2010

GURU BERTUGAS MINGGUAN :
Pn. Lailatul Adawiyah binti Adbul Rahim
Pn. Nasfuzillah binti Ibrahim

GURU DISIPLIN :
Pn. Hamidah
Pn. Suriana binti Haji Ali


LAPORAN DI PERHIMPUNAN:

PENGACARA MAJLIS : Lee Zhen Chiek (5S1)

1. Pn.Marina(guru disiplin bertugas minggu lepas)
  • Ada pelajar mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru.
  • Ada pelajar merokok di kawasan sekolah dan lari memanjat pagar ketika hendak ditangkap. Gagal melarikan diri kerana seluar koyak akibat tersangkut di pagar.
  • Ada pelajar T3 meraikan harijadi di kantin dan lewat masuk kelas walaupun telah diarah oleh pengawas.

2. Pn.Hamidah (guru disiplin bertugas minggu ini)
  • Harap pelajar blok baru tidak lewat ke perhimpunan.
  • Di perhimpunan, pastikan berada di barisan kelas masing-masing.
  • Buang sampah di tempat yang betul.
  • Pelajar lelaki dilarang makan di surau.
  • Cepat masuk kelas sebaik saja mendengar loceng tamat rehat.

3. Cik Adilah (guru bertugas minggu lepas) + En.Fadzil
  • Kelas paling ceria - 4J

4. Pn. Lailatul (guru bertugas minggu ini)
  • Memperkenal diri + Pn.Nasfuzillah.
  • Minta pemegang biasiswa memberi tumpuan dalam kelas. Surat amaran akan diberi kepada mereka yang bermasalah.
  • Ingin berjumpa ahli Pandu Puteri selepas perhimpunan

5. Pengumuman:
  • Pelajar-pelajar 5s3,5s4,5d,5g,5j,5p dimnta ke dewan blok baru untuk mendengar ceramah pada jam 11.00 hingga 1.00. Guru-guru mata pelajaran diminta hadir sama.
  • Perjumpaan Kelab Buddha akan diadakan di BTV1.

6. Pn. Suriani (Guru Perpustkaan)
  • Hari NILAM untuk tingkatan 3,4 dan 5 akan diadakan pada 23Julai 2010(Jumaat) di dewan besar.

7. Pn. Hajah Noraisah (KP BM)
  • Program bahasa di perhimpunan. (2 orang pelajar perempuan 3k12 menyampaikan pidato/rumusan,"Hormatilah Guru Kita").

8. Pn. Nasfuzillah
  • Komen tentang penyertaan pelajar dalam gotong royong kelas sempena Hari Anugerah Kecemerlangan. Pelajar-pelajar di blok baru tidak membersih dan menyusun kelas dengan betul kecuali 4s3.
  • Pemberitahuan tentang peraturan masuk ke perpustakaan. TIDAK DIBENARKAN membawa bahan rujukan sendiri. Tidak dibenarkan membuat kerja rumah di dalam perpustakaan kecuali yang perlu merujuk bahan-bahan di perpustakaan. Boleh membawa masuk buku catatan,buku tulis(yang berkaitan sahaja) dan buku NILAM sahaja. Kerja rumah boleh disiapkan di Bilik SAL ataupun di kantin sekolah.

9. Mr.Moy Wah Goon (Pengetua)
  • Harap pelajar tidak ke sekolah jika hanya untuk bising di perhimpunan kerana tidak berguna.
  • Pelajar-pelajar blok baru akan dipindahkan ke blok lama jika masih tetap tidak dapat 'menjaga' kelas dan blok berkenaan supaya senang dipantau.
  • Pihak sekolah akan mengeluarkan surat MENARIK BALIK biasiswa jika pemegangnya tidak belajar bersungguh-sungguh(ada yang tidur di dalam kelas).
  • Peringatan kepada pelajar yang belum membayar yuran. Tolong bayar segera. Pihak sekolah tidak akan memberi sokongan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan.
  • Ketua Tingkatan diingatkan supaya memastikan kelas dikunci dan kuncinya hendaklah dihantar ke bilik GPK HEM.
  • Ramai penerima Anugerah Kecemerlangan tidak hadir untuk mengambil hadiah. Hadiah-hadiah akan ditarik balik oleh pihak sekolah sekiranya pelajar atau ibu bapa yang berkenaan tidak datang menuntut secepat mungkin (dibuka sehingga hari rabu sahaja).
  • Pelajar yang mengeluarkan kata-kata kesat tidak akan dimaafkan. Jika ada masalah, jumpa pentadbir untuk bincang.
  • Peringatan: Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang merokok di kantin sekolah.
  • Nyanyian lagu di perhimpunan terlalu perlahan. Perlu bersemangat!!
  • TERIMA KASIH kepada semua yang hadir dan menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan.

10. Bacaan PRINSIP RUKUN NEGARA (Pengerusi Kelab Pencinta Alam

Ceramah 1 Malaysia

Panitia Pendidikan Si vik & Kewarganegaraan telah menganjurkan satu program sebagai memenuhi Projek Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 pada setiap tahun. Satu sesi ceramah telah dipilih untuk laksanakannya secara menyeluruh. Penceramah yang dijemput adalah GPK HEM dari SMK Paya Besar iaitu Encik Mohammad bin Che Ibrahim. Hanya enam buah kelas yang terlibat iaitu 5S3, 5S4, 5J, 5D, 5G dan 5P yang bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Moga pengisian dari ceramah ini pelajar dapat input yang berguna untuk digunakan bersama-sama dalam kehidupan bermasyarakat.

Ceramah Pembentukan Sahsiah Diri

Ceramah ini khas untuk pelajar Cina Tingkatan 3 yang terpilih iaitu dari kelas 3K1 sehingga 3K5.
Ceramah ini dijemput khas dari Kuala Lumpur. Bermula jam 8.30 - 10.30 pagi di Dewan Blok Baru.

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Pelaporan

Pada hari Ahad (18 Julai 2010), acara tahunan SMK Tanah Putih iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun cuaca sedikit mendung, panas tak hujan pun tak dan bersyukur dengan keadaan cuaca begitu.

Sesudah Majlis Anugerah, hadirin dijamukan dengan hidangan yang enak-enak di Dewan Blok Baru pada pukul 10.30 pagi. Setelah perut sudah dipenuhkan dengan pelbagai jenis makanan, tepat jam 11 pagi, guru-guru kelas pun bergerak ke kelas masing-masing untuk berjumpa dengan ibu bapa pelajar bagi sesi pelaporan.

Tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan pelajar yang mendapat anugerah khas dari pihak sekolah. Semoga yang berjaya ini akan terus maju dan kepada yang kurang berjaya teruskan usaha untuk letakkan nama dalam senarai yang terpilih.

Nak tengok gambar, klik bawah

Jumaat, 16 Julai 2010

Pertandingan DJ Radio Sekolah

Hari Jumaat lepas telah berlangsungnya satu pertandingan anjuran Pusat Sumber Sekolah iaitu Pertandingan DJ Radio Sekolah. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang berminat untuk menguji bakat masing-masing. 10 orang peserta telah dipilih dari 17 orang pelajar yang mendaftar untuk terus ke pusingan akhir. Para peserta ditempatkan di BTV2 di mana pusat radio sekolah dan hakim berada di Bilik Peperiksaan. Seramai 6 orang hakim dilantik untuk sama-sama menilai bakat para pelajar kita.

Mereka yang berjaya akan dijadikan sebagai DJ Radio Sekolah yang tetap sehingga pencarian bakat baru pada tahun akan datang. Syabas sinar pagi ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pemenang akan menerima voucher Men Men dan Sijil Penyertaan dari pihak sekolah.

Mari kita lihat suasana semasa hari pertandingan.

Hakim kita sungguh tekun mendengar suara-suara peserta yang keluar dari corong pembesar suara yang betul-betul terletak di luar Bilik Peperiksaan. Akhirnya mereka berjaya mencari pelajar yang sangat-sangat sesuai digelar juara.

Peserta-peserta yang berjaya memenangi hati para hakim dan mendapat tempat adalah:
1) Lim Zu Jian (3K13)
2) Nor Izwani bt Zainal Abidin (3K13)
3) Tay Shin Yi (2K12)

Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Guru-guru Pusat Sumber Sekolah akan mempertimbangkan untuk mengambil ketiga-tiga pelajar tersebut sebagai DJ Radio Sekolah yang sah dan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan radio sekolah jika diperlukan.

Selasa, 13 Julai 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Sungai Lembing, Kuantan

Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah melaksanakan satu Projek Khidmat Masyarakat bagi Tingkatan 4 iaitu lawatan sambil belajar ke Muzium Sungai Lembing pada 13 Julai 2010 (Selasa). Seramai 32 orang pelajar terpilih dan 4 orang guru yang mengajar Sivik Tingkatan 4 mengikuti lawatan ini dalam sebuah bas. Bertolak pada jam 8.30 pagi dan sampai sekolah jam 12.30 tengahari.

Sinar pagi dapati lawatan ini amat bermakna kepada ahli rombongan kerana banyak input yang diperolehi tentang lombong bijih timah di sana. Barang-barang yang digunakan semasa perlombongan banyak dipamerkan dan gambar-gambar menunjukkan pelombong sedang melakukan kerja-kerja perlombongan. Sinar pagi tidak melepaskan peluang untuk bergambar di dalam muzium tersebut sebagai tanda kenangan.

Klik bawah untuk lihat gambar




Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Pelaporan Tahun 2010

Sekolah telah menentukan 18 Julai 2010 (Ahad) sebagai Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Pelaporan pelajar bagi tahun 2010.

Majlis Anugerah bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 10 pagi. manakala, pelaporan bermula pada jam 10.30 pagi setelah selesai jamuan. Ibu bapa yang hadir diminta berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing selepas jamuan di kelas masing-masing. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa akan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Selepas dari waktu itu, pelajar perlu minta ibu bapa datang pada hari persekolahan.


Hari Pelaporan diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru-guru. Guru akan melaporkan kepada ibu bapa tentang prestasi akademik anak mereka dan kelakuan disiplin sepanjang berada di sekolah.

Di samping itu, pelbagai persembahan yang akan dipersembahkan pada hari itu untuk menghiburkan para hadirin. Antaranya seperti nyanyian dan tarian. Pancaragam sekolah juga mmpersembahkan beberapa lagu kepada para hadirin.

Khamis, 1 Julai 2010

Hari Sukan SMKTP 2010

Hari Sukan ulang tahun ke-41 yang dijalankan pada 27 Jun ini telah berjaya disempurnakan dengan kerjasama semua pihak. Terima kasih kepada semua murid yang menhadirkan diri dan memberi kerjasama pada hari tersebut.

Rumah biru telah berjaya mendapat johan pada Hari Sukan tahun ini dengan pungutan mata 220 mata, melebihi 14 mata dengan rumah hijau. Rumah merah mendapat tempat ketiga dengan pungutan mata 154 mata manakala rumah kuning mendapat tempat keempat dengan pungutan mata 136 mata.

Taniah kepada peserta yang menang dan bagi peserta yang kalah seharusnya berusaha dengan lebih lagi supaya dapat mencatat rekod yang baru dan hebat pada tahun hadapan.

Klik gambar bawah untuk lebih lagi