Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Rabu, 20 Januari 2010

Mesyuarat Agong Bagi Kelab dan Persatuan

Mesyuarat agong yang pertama bagi tahun 2010 telah ditetapkan oleh pihak sekolah pada jam 10.45 hingga 11.55 pagi untuk Kelab dan Persatuan memilih ahli jawatankuasa mereka. Dibimbing oleh guru penasihat masing-masing, mesyuarat ini berlangsung dengan lancar dengan kerjasama dari pihak pelajar. Moga perlantikan AJK yang telah dilakukan pada pagi tadi akan bentuk satu kerjasama dalam kumpulan masing-masing dan dalam masa yang sama turut membantu guru-guru menjalankan tugas dengan sewajarnya.

Macam-macam suasana ketika mesyuarat ini berlangsung:




Jumaat, 15 Januari 2010

Sekolah Ganti Yang Pertama Bagi Tahun 2010

Pengunguman kepada warga SMKTP, pada hari Sabtu ini iaitu bersamaan 23 Januari 2010 adalah hari persekolahan bagi menggantikan cuti Tahun Baru Cina pada 18 Februari 2010. Semua pelajar dan guru haruslah menjalankan tugas seperti hari persekolahan biasa dengan mengikut jadual pada hari Khamis. Pelajar yang ponteng akan dikenakan kelas tahanan seperti yang dilaksanakan pada tahun lepas.

Sistem Baru untuk Tahun 2010

Kedatangan pelajar akan diambil di dewan setiap pagi oleh guru kelas masing-masing. Oleh itu, kepada mana-mana pelajar yang tiada di dewan semasa proses tersebut, maka pelajar itu dianggap tidak hadir. Kesimpulannya, semua pelajar mesti berada di dewan tepat jam 7.20 pagi bersama guru-guru yang berkenaan.

Selasa, 5 Januari 2010

Menjelang Tahun 2010

Sinar Pagi mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada para guru dan para pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 manakala, SELAMAT DATANG kepada para pelajar baru yang mendaftar DI SMK TANAH PUTIH khususnya pelajar Tingkatan 1. Semoga di tahun 2010 ini, para pelajar dan juga guru mempunyai azam yang baru untuk memajukan SMK Tanah Putih seperti yang dinyatakan dalam visi sekolah iaitu "SMK Tanah Putih akan menjadi sekolah cemerlang di daerah Kuantan menjelang tahun 2010".

TAHUN 2010
PENUH CABARAN
KEKAL BERUSAHA
PASTI CEMERLANG