Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Ahad, 15 Ogos 2010

Tadarus Al-Quran

Sepanjang bulan Ramadhan ini, Persatuan Agama Islam akan berterusan mengadakan Tadarus Al-Quran oleh pelajar Islam Tingkatan 3 yang terpilih di Surau sekolah bermula jam 12.00 hingga 1.00 tghr (Isnin - Khamis) manakala, 11.00 hingga 12.00 tghr (Jumaat).

Mana-mana guru yang tiada kelas pada masa tu boleh lah ke surau untuk sama-sama mengimara'kan lagi tadarus tersebut. Memberi sokongan kepada pelajar sekaligus meningkatkan amalan ibadah di bulan yang mulia ini.

KEM SOLAT – 3 hingga 5 Ogos 2010

Kem ini melibatkan semua pelajar Islam Tingkatan 4 dan 5. Bertempat di Taman Pertanian, Kuantan, aktivit-aktiviti yang dilaksanakan amat lancar dan menarik. Penceramah-penceramah yang dijemput amatlah berkaliber perwatakannya. Kem ini sedikit sebanyak menyedarkan para pelajar kita akan kehidupan di duniawi dan bakal hidup di alam barzakh.

Sesungguhnya apa yang terjadi di dunia adalah kehendak-Nya melalui perancangan-Nya. Janganlah kita abaikan kehidupan yang hanya diberi sekali sahaja, perbanyakkanlah beribadah kepada Allah S.W.T. supaya kita disayangi Yang Maha Esa dan ditempatkan dalam golongan yang bertaqwa.

Sinar pagi dapat tahu bahawa pada malam terakhir di kem tersebut, semua pelajar kita menangis tersedu sedan dek penceramah yang dijemput khas pada malam terebut.


Apa yang disedu-sedankan mereka?...


Pergilah tanya mereka yang pergi ke Kem Solat tu.


Kem sebegini memang menarik dan seronok serta beronok-ronok. Insyaallah ada rezeki akan diadakan lagi pada tahun yang akan datang. Jom kita tengok antara aktiviti mereka dalam kem tersebut.

Klik bawah

KEM KOKURIKULUM – 6 hingga 8 Ogos 2010

Berjumpa lagi wahai Casuarina Beach Resort. Seramai 93 orang pelajar telah berjaya menjejakkan kaki ke resort ini bagi tahun 2010. Tahniah dan syabas kerana anda terpilih untuk mengikuti aktivit-aktiviti yang disediakan di sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan amatlah mencabar fizikal, mental dan emosi.


Siapa yang tidak setuju angkat tangan!!!!


Feedback yang sinar pagi dapat dari para peserta kita yang terlibat segelintirnya menyatakan hasrat untuk pergi sekali lagi pada tahun akan datang.


So…ini menunjukkan mereka suka berada di sana walaupun kawan baik mereka adalah ‘NYAMUK’. Hrmmm menarik…


“Indah pada nama” kata salah seorang pelajar kita “tapi bila sampai kena tinggal dalam rumah panjang yang cantik lagi menawan”. Hebat kan… >_<


3 hari 2 malam menggambarkan seribu satu makna dalam hidup kita sebagai seorang manusia yang hidup serba moden pada masa kini.


Andaikan anda tinggal berseorangan di dalam hutan selama 30 hari..


renung-renungkan dan selamat beramah…!!!


Klik pada gambar untuk lebih lagi!