Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Rabu, 24 Februari 2010

Maulidur Rasul - 12 Rejab 1431

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Umat Islam Berarak Sambut Maulidur Rasul Di Seluruh Negara

Selasa, 23 Februari 2010

Ceramah Motivasi

Ceramah Motivasi yang dikendalikan oleh kaunselor SMKTP diadakan pada 3 hari mengikut tarikh yang telah ditentukan bagi setiap tingkatan. Tempat yang akan digunakan bagi tujuan tersebut adalah Makmal Komputer 1, BTV1 dan BTV 2. Ceramah Motivasi ini bermula pada jam 8.40 sehingga 9.50 pagi.

24 - 25 Februari 2010

Pelajar Tingkatan 3

3 - 4 Mac 2010
Pelajar Tingkatan 4

10 - 11 Mac 2010
Pelajar Tingkatan 5

Jamuan Guru Sempena Tahun Baru Cina

Mewah sungguh jamuan kali ini...sungguh menyelerakan hidangan bagi Tahun Baru Cina. Lebih menyelerakan dalam jamuan ini adalah 'ice-cream cup' Nestle khas dari Pengetua kita sendiri. Satu peti sejuk besar disediakan di tepi kantin. Semua guru dapat makan aiskrim tu, mmmmm sungguh lazat. Cuaca panas ni sesuailah sangat pengetua sediakan aiskrim. Sungguh seronok jika setiap kali jamuan ada aiskrim ni kan.

Bukan itu aje makanan sampingan, jeli kelapa dan dadih pun ada. Ha, buah limau tak ketinggalan, mesti ada disediakan juga, nama pun jamuan Tahun Baru Cina, kalau tiada limau tak meriah pula. Sesiapa yang ada darah tinggi, makan lah buah limau dengan banyak kerana buah limau boleh menurunkan tekanan darah. Sebabnya, rasa limau yang masam tu boleh membantu.


Selasa, 2 Februari 2010

Sekolah Ganti yang Kedua 2010

Jangan lupa, sekolah kita ada sekolah ganti pada hari Sabtu ini (6 Februari 2010) mengikut jadual pada hari Jumaat. Sekolah menggantikan cuti Tahun Baru Cina pada 19 Februari 2010.

Pelajar wajib hadir kerana pada hari itu juga bermulanya Ujian Pertama bagi penggal pertama persekolahan. Jika didapati tidak hadir, pelajar akan dikenakan kelas tahanan sekiranya tiada surat untuk tunjuk sebab. Semua pelajar sudah maklum perkara ini, jadi tiada masalah untuk hadir ke sekolah pada hari Sabtu.

Berita Tergempar di PPD Kuantan

Jom kita lihat apa yang digemparkan oleh PPD Kuantan...Jangan lepaskan peluang ini...

Fire-drill yang paling hebat...


En. Nazri telah memaklumkan kepada semua pelajar dan guru bahawa pada minggu ini akan diadakan latihan kebakaran, tetapi tidak diberitahu waktu sebenar. Tepat jam 11.10 pagi tadi loceng kecemasan dibunyikan dengan panjang, itu maknanya latihan kebakaran. Jadi, prosedurnya mengikut seperti yang dirancang iaitu pelajar berkumpul mengikut pelan yang telah diberikan pada setiap kelas. Sesi pengajaran dan pembelajaran terhenti serta merta ketika loceng kecemasan dibunyikan.

Suasana pagi tadi sangat riuh dengan suara para pelajar..biasa la kan kanak-kanak bawah umur. Tapi, kerjasama yang diberikan pelajar adalah memuaskan.

Para pelajar dikumpulkan di dewan serbaguna kemudian, mereka diberi penerangan dan demo secara ringkas tentang cara menggunakan alat pemadam api ketika berlaku kebakaran. Mana-mana pelajar yang ingin mencuba dalam demo ini diberi peluang tersebut. Pelajar sekolah kita ni ada bakat jadi ahli bomba sebenarnya. Anda saksikan sendiri, ramai yang nak mencuba. Ada beberapa orang pelajar ingin mencuba tapi tidak kesampaian, kesian dia... 'tak perlulah disebutkan namanya'.