Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Sabtu, 31 Oktober 2009

Majlis Pelancaran & Penyampaian Hadiah Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah

Tahniah kepada pemenang-pemenang yang mengambil bahagian. Bagus pelajar-pelajar SMKTP ni, amat berminat untuk menyertai sebarang aktiviti. Tidak sia-sia cikgu yang susun atur aktiviti sepanjang Program Selepas PMR ini. Ramai yang berbakat dalam aktiviti luar kelas. Jangan dipendam bakat anda lama-lama dalam diri nanti jadi basi jadi, persembahkan. Aktiviti lain akan menyusul anda.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Projek Kitar Semula - Sayangi Bumi Kita (model/Kraftangan)

Projek ini dilaksanakan pada 29 Okt 2009 bermula jam 8.30 pagi sehingga 12 tengahari. Pelajar perlu membentuk 1 kumpulan yang terdiri daripada 3 - 5 orang. Pelajar perlu menyediakan model/kraftangan dalam tempoh yang diberikan dengan menggunakan bahan barangan terpakai sendiri. Hasil kerja mereka akan dipamerkan di PSS dan pemenang akan diberi hadiah mengikut hasil yang paling kreatif.

Kreatif juga mereka ni...

Khamis, 29 Oktober 2009

Jamuan Kelas 5A1

Jamuan kelas 5A1 diadakan di kantin sekolah. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi jamuan hasil penat lelah mereka sendiri. Saya sebagai guru kelas mendoakan agar mereka boleh menjawab dengan baik dalam SPM tak lama lagi. Walaupun mereka lemah dalam akademik tetapi mereka amat bagus dalam memberi kerjasama dan mempunyai sifat sehati sejiwa yang sukar dilihat di kalangan pelajar dalam satu kumpulan yang besar.

Pertandingan 'Indoor Games' (Program Selepas PMR)

Selepas 2 minggu para pelajar Tingkatan 3 diberi masa untuk berlatih, tiba minggu ke 3 mereka diberi peluang untk menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan congkak, karem dan catur. Penglibatan pelajar dalam permainan congkak amat menggalakkan terutama sekali dari kalangan pelajar berbangsa Cina. Hal ini menunjukkan bahawa permainan tradisi bangsa Melayu turut diminati oleh kaum lain.

Kuiz Konsep 1 Malaysia

Kuiz ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 3. Hari sebelum kuiz ini, mereka diberi bahan bacaan berkenaan dengan fakta alam sekitar. Pada 28 Okt 2009, mereka diberi soalan berkenaan dengan fakta tersebut. Program ini bertujuan menggalakkan para pelajar membaca walaupun peperiksaan PMR sudah berlalu.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kursus Ibadat Haji SPM 2009

Kursus Ibadat Haji dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam ini melibatkan semua pelajar Islam Tingkatan 3 dan 5 pada 15 Oktober 2009 di Dewan Serbaguna SMKTP. Kursus ini bertujuan untuk memberi gambaran yang sebenar kepada para pelajar dan guru ketika melaksanakan Ibadat Haji di Mekah.

Dengan adanya bentuk seperti Kaabah, Makam Nabi Ibrahim dan semua simbol yang berkenaan amat memudahkan para pelajar melaksanakan Haji mengikut hukum yang sebenar.

Tuan Haji memberi tunjuk ajar kepada pelajar lelaki cara yang betul untuk memakai Ihram manakala, pelajar perempuan hanya memakai telekung sebagai megikut syaratnya.

Rabu, 21 Oktober 2009

PROGRAM SELEPAS PMR

Pelbagai program telah disusun atur oleh Pn.Megawati bagi menjayakan Program Selepas PMR ini. Tujuan Program ini dijalankan adalah bagi memenuhkan masa untuk pelajar Tingkatan 3 melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Setiap guru yang mengajar Tingkatan 3 terlibat dengan program ini tanpa terkecuali. Setakat ini, para pelajar masih lagi berminat untuk hadir ke sekolah dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang diatur oleh guru.

Para pelajar boleh terlibat dengan aktiviti 'outdoor games' seperti bola sepak, bola keranjang, bola jaring, ping pong dan badminton ataupun 'indoor games' seperti karem, catur dan congkak.

MALAM JUARA-JUARA 2009


Makin ramai yang dijemput ke Malam Juara-Juara berbanding tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah kita semakin ramai yang berkebolehan dalam bidang masing-masing. Semoga diteruskan segala penat lelah untuk kita sama-sama memperkenalkan nama SMK Tanah Putih bukan sahaja di seluruh Pahang malah seluruh Malaysia melalui kebijaksanaan kita.

Malam Juara-Juara ini akan menjadi satu acara tahunan bagi pihak sekolah menghargai setiap penat lelah warga SMK Tanah Putih.