Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 23 November 2009

Pelajar Kita Kemalangan Jalan Raya

Remyzal Errie bt Zulkafli dari kelas 5D telah dilanggar lari oleh kereta ketika dia balik daripada menduduki peperiksaan SPM tengahari tadi di Batu Lima berdekatan dengan Dewan Mat Kilau pada jam 12.55 tengahari. Alhamdulillah dia sedar dan kecedaraan yang dialami agak teruk yang mana tulang peha dan betis kaki kanan dia patah dan akan dimasukkan besi. Manakala, tulang bahagian bahu kiri juga patah. Bahagian lutut dan pinggang Remyzal turut cedera dan dijahit. Sekarang dia berada di wad 5B. Sepanjang tempoh berada di Kecemasan, HTAA, sinar pagi setia menanti untuk melihat perkembangannya.

Marilah sama-sama kita mendoakan Remyzal tenang ketika menghadapi ujian ini dan dia dapat menduduki peperiksaan SPM di hospital dengan mudah dan penuh sabar. Sinar pagi rasa amat terharu melihat keadaannya dan mendoakan kesejahteraannya. Tabahkan hati dan kuatkan semangat!. Rakan-rakan Remyzal diharap dapat memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.

Jumaat, 20 November 2009

DALAM KENANGAN - PN.ZALINA THAMBY



"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....hilang di mata tapi di hati tidak lupa....berdoalah kita agar aman dan sentosa....semoga Pn. Zalina hidup sihat sejahtera...."

Sedih sungguh kerana sekolah SMKTP akan kehilangan seorang guru yang begitu dedikasi dalam mengajar anak murid bagi mata pelajaran Sejarah. Beliau telah banyak menabur bakti kepada sekolah ini. Jasa beliau tidak mungkin akan dilupakan buat selamanya. Pemergian beliau adalah mengikut suami berpindah ke Putrajaya. Jadi, selepas ini Pn. Zalina akan menjadi warga Putrajaya, sesiapa yang akan berjalan ke sana bolehlah hubungi dan melawat beliau di sana. Pn. Zalina juga janganlah dilupakan warga sekolah ini, rajin-rajinlah datang menjenguk rakan-rakan lama.

Untuk makluman semua warga SMKTP, Pn. Zalina mula mengajar di sekolah ini pada tahun 1995 sehingga tahun 2005 berpindah sementara ke Perak dan kembali semula ke sekolah ini pada tahun 2oo8. Maknanya, 2 tahun di Perak dan 2 tahun di Pahang. Kita doakan agar Pn. Zalina kembali semula ye....

Selamat Kembali Pn. Nasfuzilah


Selamat kembali ke sekolah sinar pagi ucapkan kepada Pn. Nasfuzilah. Kuatkan semangat untuk diri sendiri supaya bertenaga sepanjang masa. Perit rasanya melihat Pn. Nas terpaksa melawan kesakitan pada ususnya. Sinar pagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan kepada Pn. Nas. Sesungguhnya, rakan-rakan guru amat merindui sepanjang ketiadaan Pn. Nas dan turut mendoakan tahap kesihatan yang baik. Semoga Allah S.W.T melindungi Pn. Nas.
~HIDUP PN. NAS~

Pelajar Tingkatan 4 Ke Wisma Sri Pahang


Seramai 24 orang pelajar Tingkatan 4 dan 2 orang guru pengiring pergi ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang atas jemputan dari pihak SUK pada 18 Nov 2009.

Sinar pagi cuma boleh ambil gambar di luar dewan jelah, tidak dibenarkan ambil gambar dalam dewan. Gambar tengah tu pelajar dengan Ketua-Ketua Jabatan. Sinar pagi tak sempat nak ambil gambar dengan Menteri Besar atas sebab-sebab tertentu. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan berulang untuk para pelajar kita masuk ke DUN bagi mendengar persidangan secara langsung.

Selasa, 17 November 2009

Majlis Restu Ilmu Pelajar Tingkatan 5, SPM



Majlis Restu Ilmu ini sesungguhnya amat bermakna kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 setelah dua tahun menuntut ilmu untuk berperang di dalam dewan peperiksaan selama hanya beberapa hari. Jangan sia-siakan usaha guru dan anda selama dua tahun ini untuk dapat keputusan yang akan mengecewakan semua pihak termasuk ibu bapa. Jadilah seorang yang menjadi kebanggaan orang ramai. Semua guru mendoakan anak didiknya berjaya dalam semua bidang yang diceburi.


Silalah Menjamu Selera


Ini dia dua orang guru yang tersengeh tanpa rasa bersalah langsung untuk potong kek. Selamat Ulangtahun Pn.Zuwairisah dan Selamat Tinggal Pn.Zalina.
Pn.Zalina akan meninggalkan SMKTP dengan kenangan yang telah dicipta bertahun lamanya mengikut suaminya berpindah ke Putrajaya pada tahun 2010. Semoga Pn.Zalina sihat dan bergembira serta selesa di tempat baru.
Jamulah selera dan bergembiralah dengan makanan yang ada. Jangan malu jangan segan.

Jumaat, 13 November 2009

Jamuan Makan Malam Guru Akhir Tahun 2009

Happening sungguh cikgu-cikgu kita dengan penampilan yang penuh bergaya, mengalahkan artis.
Pn.Anita tidak lupa untuk dijemput sama hadir memeriahkan majlis ini.

Khamis, 12 November 2009

Jamuan RIMUP Tingkatan 3


Seramai 220 orang pelajar yang hadir untuk menghadiri majlis sekalli dalam setahun ini. Meriah sungguh majlis pada tahun ini kerana sambutan yang diberikan oleh para pelajar dan guru yang hadir.

Pertandingan Futsal dalam Program RIMUP anjuran SMK Paya Besar telah berpihak kepada sekolah kita dengan kemenangan 4 : 3 dan pihak SMK Paya Besar turut memberi plag sebagai tanda penghargaan atas penglibatan dari pelajar kita.
Tahniah kepada pelajar yang terlibat dan terima kasih kepada guru yang mengiringi.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan dari para pelajar yang telah memenangi dalam pertandingan karaoke. Sesungguhnya mereka mempunyai bakat yang tersendiri, jangan sia-siakan.

Antara pelajar yang menerima anugerah dalam aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah. Saqfit Al-Qudri antara pelajar yang menerima paling banyak anugerah pada majlis ini. Tahniah ye kerana anda berjaya melibatkan diri dalam kebanyakan aktiviti. Teruskan keaktifan anda!

Ini pula adalah wakil-wakil pelajar yang banyak membantu guru-guru sepanjang Program Selepas PMR. Terima kasih atas bantuan kalian dan teruskan niat ikhlas anda. Sesungguhnya guru-guru menghargai setiap tugasan yang dilakukan.

Memperkenalkan Guru Baru Sekolah Kita

Marilah kita mengenali guru-guru yang baru posting dari UPSI semuanya. Opsyen mereka adalah dari Kimia dan Sains. Bolehlah pilih yang mana satu ingin dijadikan mangsa hehehe.... cun cun dan comel comel belaka.


Pn. Rohaslyna Bt Baharuddin Cik Syarifah Norkhairani Bt Syed Abd Karim


Cik Siti Nur Faqiah Bt Ibrahim Cik Nur Adilah Bt Ghazali @ Suhaimi

Kesiannya...


Keletihan yang teramat agaknya sehingga tertidur di tengah-tengah dewan. Nak bagi tilam tak disediakan la pula. Perhatikan sendiri siapa pelajar ini.