Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 28 September 2009

Pecuuuuut....Pecutan PMR!!!

Hari ini bersamaan dengan 28 September 2009, bermulanya latihan peperangan untuk para pelajar Tingkatan 3. Pihak sekolah telah mengadakan program khas untuk para pelajar bakal menduduki PMR yang dipanggil PECUTAN PMR. Kekecohan telah berlaku pada awal pagi selepas perhimpunan di mana para pelajar perlu memasuki kelas mengikut senarai nama yang telah ditetapkan oleh guru-guru mata pelajaran yang terlibat sebelum cuti raya lagi. Program ini akan berlangsung sehingga Jumaat ini.

PERHATIAN PELAJAR TINGKATAN 3

Sila ambil perhatian dengan hebahan ini khas untuk pelajar yang akan menduduki PMR tidak lama lagi.

Rujuk kepada Jadual PMR yang telah anda dapat dari guru kelas masing-masing. Kemungkinan berlaku sedikit kekeliruan pada muka surat 9, tarikh 12 Oktober 2009, hari Isnin. Pada hari tersebut anda perlu menduduki tiga kertas peperiksaan iaitu Matematik 1, Matematik 2 dan Sejarah 1. Pastikan anda tidak keliru dengan garisan pada tarikh tersebut.

Pemulangan buku teks.

Perlu diingatkan kepada para pelajar bahawa sudah tiba masanya untuk memulangkan semua buku teks yang telah dipinjam sejak awal tahun. Semoga ilmu yang dituntut melalui buku teks tersebut akan dapat memberi banyak manfaat dan anda sebagai pelajar tidak mensia-siakan buku yang diberi pinjam.

Untuk makluman, Pn. Zuraidah akan mengedarkan jadual kepada setiap kelas bagi tarikh pemulangan buku para pelajar yang hanya dilakukan pada 14 dan 15 Oktober 2009. Jadi, kepada semua pelajar sila ambil perhatian dan jangan alpa. Pastikan semua buku teks yang dipinjam akan dipulangkan sama jumlah dan rupanya pada ketika anda mengambilnya. Sekiranya hilang, perlulah digantikan dengan wang mengikut harga bagi setiap buku mata pelajaran yang hilang itu.

Sekian

Rabu, 23 September 2009

Cuti..cuti..kerja tetap kerja..

Kepada sesiapa yang ada urusan di sekolah bolehlah ke sekolah. Pejabat sudah dibuka. Kalau datang ke pejabat tu bawa-bawalah kuih raya jamu kepada orang pejabat. Beraya dalam pejabat lak...
Kalau ada lagi rendang dan ketupat bawalah sama... SELAMAT MENJAMU SELERA.

Isnin, 21 September 2009

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI..

Bagi pihak SMKTP, Sinar pagi ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI...
Maafkanlah sekiranya sinar pagi pernah menyiarkan berita-berita yang tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, teruskanlah bersinar bersama sinar pagi. Sokongan dari anda semua amat diperlukan untuk menyinarkan lagi sinar pagi SMKTP.

Kita sambut raya (Syawal) sebulan jadi, sinar pagi ada serangkap pantun nasihat...baca jangan tak baca..
Kalau sesat di hujung jalan,
Kita balik ke pangkal jalan,
Kalau sesat di pangkal jalan,
Kita pergi ke simpang jalan,
Kalau tak jumpa simpang jalan,
Kita duduk di tepi jalan,
Kalau duduk di tengah jalan,
Dengan kita sekali selamat jalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah...ada bakat jadi ustaz


Hari terakhir persekolahan sebelum menyambut Idulfitri dimeriahkan dengan alunan zikrillah oleh 8 orang pelajar yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Faizol (berbaju Melayu Hitam). Sungguh merdu nyanyian mereka, sayup dan tenang apabila mendengarnya lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan ini.

Sumbangan ikhlas duit raya dari pihak sekolah kepada anak-anak yatim dari kalangan pelajar SMKTP. Moga mereka memanfaatkan pemberian tersebut dengan berfaedah.

Sesi bersalaman antara pelajar dengan guru. Bermaaf-maafan sempena hari raya tak lama lagi.

Awas....Jangan Pandang Atas!!!


Awas ye semasa berjalan, jangan pandang atas, jangan pandang tepi..sila pandang bawah. Jalan dengan menunduk, ikut gaya orang Jepun sekiranya anda tidak mahu terjebak ke lembah yang maha dasyat.

ADUUUUHAIII.......

Inilah pelajar-pelajar yang bermasalah...
Janganlah jadi insan yang suka menyusahkan orang lain. Jadilah seorang yang menjadi kebanggaan ramai. Memalukan diri sendiri sama juga memalukan orang yang kita sayang iaitu keluarga kita.

Dua orang ni tak suka publisiti.
Yang seorang tu suka publisiti, senyum melebar.

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!....

Sambutan merdeka ini di adakan pada 16 September 2009 di Dewan Serbaguna SMKTP ketika pelajar Tingkatan 5 sedang menduduki Percubaan SPM.

Semoga dengan slogan baru yang dilaung-laungkan oleh seluruh rakyat Malaysia akan menjadi satu inspirasi kepada warga SMKTP untuk terus cemerlang, gemilang & terbilang dalam akademik serta ko-kurikulum.

1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Jumaat, 4 September 2009

Mesyuarat Guru Kali Ke-4

Makluman dari pengetua;
i) Hebohan tentang mana-mana guru yang ingin bertukar sekolah antara negeri secara online. Jika ingin bertukar sekolah dalam daerah Kuantan perlu isi borang secara manual. Tempoh sehingga 30 September 2009.

ii) Guru Tingkatan;
- Yuran tambahan dari pelajar perlu dikutip sebelum 16 Oktober 2009
- Yuran PIBG sebelum 30 September 2009
* Jadi, cayok cikgu semua...
iii) Markah Percubaan PMR dan SPM perlu dipercepatkan lebih-lebih lagi markah Percubaan PMR kerana berlaku kelewatan akibat penutupan sekolah.
Kepada semua guru, dalam minggu peperiksaan janganlah kalian alpa tentang jadual masing-masing kerana kalian perlu masuk ke kelas seperti biasa untuk menjaga peperiksaan. Kasihanilah guru-guru yang sebelum kalian menunggu terlalu lama. Kemungkinan guru itu ada kelas lain selepas itu. Jadi, minta semua guru beri perhatian jangan alpa ketika minggu peperiksaan.

iv) Aktiviti sekolah - Sambutan kemerdekaan akan diadakan pada 16 September 2009.
- Segala aktiviti yang tergendala akibat musim penyakit berjangkit H1N1 ini perlu diteruskan.
* Jadi, cikgu sekalian berusaha keras lah yerk...
v) Dari Unit Peperiksaan;
- Peperiksaan Percubaan- guru-guru mata pelajaran perlu mengisi markah mata pelajaran masing-masing ke dalam sistem seperti tahun lepas.
- Jadual bagi Ujian 4 untuk Tingkatan 4 telah ditampal pada board belakang Bilik Guru. Guru yang terlibat sila rujuk jadual tersebut.

vi) Pada bulan puasa, semua guru beragama Islam dibenarkan balik jam 1.05pm kecuali guru yang masih ada kelas pada jam 1.05-2.15pm dan guru yang bukan beragama Islam.

..HARAP MAKLUM..

Pertukaran Antara Negeri Bulan Januari 2010

Mana-mana guru yang ingin bertukar sekolah antara negeri boleh berbuat demikian dengan mengisi borang secara online atau manual.

Online e-GTukar hanya terbuka kepada:
DGA29, DG41, DGA32 (time-based), DG44 (time-based)

Manual e-GTukar terbuka kepada:
DG48 (kup time-based)

Tempoh Permohonan
1 sehingga 30 September 2009

*Sila berjumpa dengan Pengetua sebelum memohon dengan memberitahu satu sahaja sebab untuk bertukar*