Mengandungi maklumat sensasi hiruk pikuk SMK Tanah Putih,KUANTAN. Gerenti PUAS HATI!

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 26 Julai 2010
Ceramah Agama Tentang Isra' & Mi'raj - 23 Julai 2010
Isnin, 19 Julai 2010
BERITA UMUM MINGGU INI
GURU BERTUGAS MINGGUAN :
Pn. Lailatul Adawiyah binti Adbul Rahim
Pn. Nasfuzillah binti Ibrahim
GURU DISIPLIN :
Pn. Hamidah
Pn. Suriana binti Haji Ali
LAPORAN DI PERHIMPUNAN:
PENGACARA MAJLIS : Lee Zhen Chiek (5S1)
1. Pn.Marina(guru disiplin bertugas minggu lepas)
- Ada pelajar mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru.
- Ada pelajar merokok di kawasan sekolah dan lari memanjat pagar ketika hendak ditangkap. Gagal melarikan diri kerana seluar koyak akibat tersangkut di pagar.
- Ada pelajar T3 meraikan harijadi di kantin dan lewat masuk kelas walaupun telah diarah oleh pengawas.
2. Pn.Hamidah (guru disiplin bertugas minggu ini)
- Harap pelajar blok baru tidak lewat ke perhimpunan.
- Di perhimpunan, pastikan berada di barisan kelas masing-masing.
- Buang sampah di tempat yang betul.
- Pelajar lelaki dilarang makan di surau.
- Cepat masuk kelas sebaik saja mendengar loceng tamat rehat.
3. Cik Adilah (guru bertugas minggu lepas) + En.Fadzil
- Kelas paling ceria - 4J
4. Pn. Lailatul (guru bertugas minggu ini)
- Memperkenal diri + Pn.Nasfuzillah.
- Minta pemegang biasiswa memberi tumpuan dalam kelas. Surat amaran akan diberi kepada mereka yang bermasalah.
- Ingin berjumpa ahli Pandu Puteri selepas perhimpunan
5. Pengumuman:
- Pelajar-pelajar 5s3,5s4,5d,5g,5j,5p dimnta ke dewan blok baru untuk mendengar ceramah pada jam 11.00 hingga 1.00. Guru-guru mata pelajaran diminta hadir sama.
- Perjumpaan Kelab Buddha akan diadakan di BTV1.
6. Pn. Suriani (Guru Perpustkaan)
- Hari NILAM untuk tingkatan 3,4 dan 5 akan diadakan pada 23Julai 2010(Jumaat) di dewan besar.
7. Pn. Hajah Noraisah (KP BM)
- Program bahasa di perhimpunan. (2 orang pelajar perempuan 3k12 menyampaikan pidato/rumusan,"Hormatilah Guru Kita").
8. Pn. Nasfuzillah
- Komen tentang penyertaan pelajar dalam gotong royong kelas sempena Hari Anugerah Kecemerlangan. Pelajar-pelajar di blok baru tidak membersih dan menyusun kelas dengan betul kecuali 4s3.
- Pemberitahuan tentang peraturan masuk ke perpustakaan. TIDAK DIBENARKAN membawa bahan rujukan sendiri. Tidak dibenarkan membuat kerja rumah di dalam perpustakaan kecuali yang perlu merujuk bahan-bahan di perpustakaan. Boleh membawa masuk buku catatan,buku tulis(yang berkaitan sahaja) dan buku NILAM sahaja. Kerja rumah boleh disiapkan di Bilik SAL ataupun di kantin sekolah.
9. Mr.Moy Wah Goon (Pengetua)
- Harap pelajar tidak ke sekolah jika hanya untuk bising di perhimpunan kerana tidak berguna.
- Pelajar-pelajar blok baru akan dipindahkan ke blok lama jika masih tetap tidak dapat 'menjaga' kelas dan blok berkenaan supaya senang dipantau.
- Pihak sekolah akan mengeluarkan surat MENARIK BALIK biasiswa jika pemegangnya tidak belajar bersungguh-sungguh(ada yang tidur di dalam kelas).
- Peringatan kepada pelajar yang belum membayar yuran. Tolong bayar segera. Pihak sekolah tidak akan memberi sokongan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan.
- Ketua Tingkatan diingatkan supaya memastikan kelas dikunci dan kuncinya hendaklah dihantar ke bilik GPK HEM.
- Ramai penerima Anugerah Kecemerlangan tidak hadir untuk mengambil hadiah. Hadiah-hadiah akan ditarik balik oleh pihak sekolah sekiranya pelajar atau ibu bapa yang berkenaan tidak datang menuntut secepat mungkin (dibuka sehingga hari rabu sahaja).
- Pelajar yang mengeluarkan kata-kata kesat tidak akan dimaafkan. Jika ada masalah, jumpa pentadbir untuk bincang.
- Peringatan: Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang merokok di kantin sekolah.
- Nyanyian lagu di perhimpunan terlalu perlahan. Perlu bersemangat!!
- TERIMA KASIH kepada semua yang hadir dan menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan.
10. Bacaan PRINSIP RUKUN NEGARA (Pengerusi Kelab Pencinta Alam
Ceramah 1 Malaysia
Ceramah Pembentukan Sahsiah Diri
Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Pelaporan
Sesudah Majlis Anugerah, hadirin dijamukan dengan hidangan yang enak-enak di Dewan Blok Baru pada pukul 10.30 pagi. Setelah perut sudah dipenuhkan dengan pelbagai jenis makanan, tepat jam 11 pagi, guru-guru kelas pun bergerak ke kelas masing-masing untuk berjumpa dengan ibu bapa pelajar bagi sesi pelaporan.
Tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan pelajar yang mendapat anugerah khas dari pihak sekolah. Semoga yang berjaya ini akan terus maju dan kepada yang kurang berjaya teruskan usaha untuk letakkan nama dalam senarai yang terpilih.
Jumaat, 16 Julai 2010
Pertandingan DJ Radio Sekolah
Mari kita lihat suasana semasa hari pertandingan.
Peserta-peserta yang berjaya memenangi hati para hakim dan mendapat tempat adalah:
2) Nor Izwani bt Zainal Abidin (3K13)
3) Tay Shin Yi (2K12)
Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Guru-guru Pusat Sumber Sekolah akan mempertimbangkan untuk mengambil ketiga-tiga pelajar tersebut sebagai DJ Radio Sekolah yang sah dan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan radio sekolah jika diperlukan.
Selasa, 13 Julai 2010
Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Sungai Lembing, Kuantan
Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Pelaporan Tahun 2010
Majlis Anugerah bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 10 pagi. manakala, pelaporan bermula pada jam 10.30 pagi setelah selesai jamuan. Ibu bapa yang hadir diminta berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing selepas jamuan di kelas masing-masing. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa akan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Selepas dari waktu itu, pelajar perlu minta ibu bapa datang pada hari persekolahan.
Hari Pelaporan diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru-guru. Guru akan melaporkan kepada ibu bapa tentang prestasi akademik anak mereka dan kelakuan disiplin sepanjang berada di sekolah.
Khamis, 1 Julai 2010
Hari Sukan SMKTP 2010
Hari Sukan ulang tahun ke-41 yang dijalankan pada 27 Jun ini telah berjaya disempurnakan dengan kerjasama semua pihak. Terima kasih kepada semua murid yang menhadirkan diri dan memberi kerjasama pada hari tersebut.
Rumah biru telah berjaya mendapat johan pada Hari Sukan tahun ini dengan pungutan mata 220 mata, melebihi 14 mata dengan rumah hijau. Rumah merah mendapat tempat ketiga dengan pungutan mata 154 mata manakala rumah kuning mendapat tempat keempat dengan pungutan mata 136 mata.
Taniah kepada peserta yang menang dan bagi peserta yang kalah seharusnya berusaha dengan lebih lagi supaya dapat mencatat rekod yang baru dan hebat pada tahun hadapan.
Klik gambar bawah untuk lebih lagi