Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Jumaat, 16 Julai 2010

Pertandingan DJ Radio Sekolah

Hari Jumaat lepas telah berlangsungnya satu pertandingan anjuran Pusat Sumber Sekolah iaitu Pertandingan DJ Radio Sekolah. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang berminat untuk menguji bakat masing-masing. 10 orang peserta telah dipilih dari 17 orang pelajar yang mendaftar untuk terus ke pusingan akhir. Para peserta ditempatkan di BTV2 di mana pusat radio sekolah dan hakim berada di Bilik Peperiksaan. Seramai 6 orang hakim dilantik untuk sama-sama menilai bakat para pelajar kita.

Mereka yang berjaya akan dijadikan sebagai DJ Radio Sekolah yang tetap sehingga pencarian bakat baru pada tahun akan datang. Syabas sinar pagi ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pemenang akan menerima voucher Men Men dan Sijil Penyertaan dari pihak sekolah.

Mari kita lihat suasana semasa hari pertandingan.

Hakim kita sungguh tekun mendengar suara-suara peserta yang keluar dari corong pembesar suara yang betul-betul terletak di luar Bilik Peperiksaan. Akhirnya mereka berjaya mencari pelajar yang sangat-sangat sesuai digelar juara.

Peserta-peserta yang berjaya memenangi hati para hakim dan mendapat tempat adalah:
1) Lim Zu Jian (3K13)
2) Nor Izwani bt Zainal Abidin (3K13)
3) Tay Shin Yi (2K12)

Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Guru-guru Pusat Sumber Sekolah akan mempertimbangkan untuk mengambil ketiga-tiga pelajar tersebut sebagai DJ Radio Sekolah yang sah dan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan radio sekolah jika diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan