Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Khamis, 1 Oktober 2009

Solat Hajat Untuk Pelajar Bakal Calon PMR dan SPM

Solat hajat diadakan di Dewan Serbaguna SMK Tanah Putih bermula jam 6.45 petang. Para guru, ibu bapa dan pelajar tiba sebelum azan Maghrib iaitu sebelum 7.05 petang. Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Syed Hasan. Selepas itu, diteruskan dengan bacaan surah Yassin, sedikit tazkirah dan seterusnya solat Isya' dan solat Hajat. Berakhir jam 9.30 malam.

Jemputan khas, Pn. Hanita Kassim sebagai tanda sokongan dari beliau walaupun telah bertukar sekolah. Pn. Hanita bersama anak-anaknya yang cergas.
Kehadiran En. Moy Wah Goon amatlah dihargai oleh guru-guru dan para pelajar Islam sebagai pemberi semangat dan tanda sokongan yang tidak ternilai walaupun berlainan agama.

Para guru SMK Tanah Putih mendoakan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM & PMR agar dipermudahkan untuk menjawab semua soalan dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Wahai calon SPM & PMR, usahlah kamu memberi harapan kepada solat hajat yang pertama, seelok-eloknya berilah harapan kepada solat hajat yang dilakukan setiap hari yang disertai dengan Istiqarah dan juga doa yang berlanjutan. Usahlah jua kamu memberi harapan kepada solat & doa, seelok-eloknya berilah harapan kepada solat & doa yang disertai dengan usaha yang berlanjutan. Dengarilah nasihat guru & ibu bapa sesungguhnya mereka adalah pendorong utamamu untuk mencapai kecemerlangan. Insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan