Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 5 Oktober 2009

Majlis Restu Ilmu bagi pelajar yang akan menduduki PMR

Majlis Restu Ilmu bermula jam 8.15 pagi iaitu selepas perhimpunan rasmi mingguan dan berakhir jam 9.30 pagi. Semua pelajar Tingkatan 3 dan guru yang mengajar Tingkatan 3 berkumpul di dewan bagi menghormati majlis dan memberi restu kepada para pelajar Tingkatan 3. Masa inilah yang paling sesuai bagi wakil guru untuk mengucapkan selamat maju jaya dan menyampaikan amanat-amanat penting kepada mereka sebelum dan semasa menduduki peperiksaan. Para pelajar diwajibkan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang PMR berlangsung agar tidak ada pelajar yang ketinggalan dalam mana-mana mata pelajaran.

Tiba masanya untuk para pelajar bersalaman dengan para guru memohon ampun dan restu yang juga telah bertungkus lumus mengajar tanpa rasa putus asa walaupun kebanyakan pelajar menimbulkan masalah.
Walaupun majlis ini tidak sepilu majlis perpisahan Pn. Hanita Kassim, ada juga guru yang bersedih dan sebak kerana mengenangkan penat lelah mereka selama hampir setahun mencurahkan ilmu dengan sebaik mungkin kepada anak didik yang disayangi. Diharap para pelajar tidak mensia-siakan ilmu yang diberi, jadikanlah ilmu itu bekalan untuk anda berjaya pada masa hadapan.


Wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan iaitu Pn.Fauziah datang melawat ke sekolah kita untuk memberi kata-kata semangat kepada para calon PMR. Menurut beliau, SMK Tanah Putih menjadi pilihan untuk dilawati kerana rekod kecemerlangan yang pernah dicapai sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan