Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 9 November 2009

Aktiviti Lasak Di Taman Pertanian

Pada 9 Nov 2009
Cuaca hujan menyeronokkan pelajar-pelajar ini bermain dan meneruskan aktiviti di dalam hutan.

Tengoklah mereka ni, dah tidak peduli kotor asalkan dapat kepuasan yang menyeronokkan. Dua orang perempuan tu duk berendam dalam air lama-lama buat apa siap berjoget lagi. Yang sedang bergayut tu air bertakung dalam baju, nak buat bekalan minum ke nanti dik oii..

Inilah muka-muka tak bersalah yang happy..bersuka rialah kamu sebelum kamu disukariakan..

Pada 10 Nov 2009

Sampai-sampai kena berkawad kaki dulu. Gambar tengah; budak tu kena denda sebab bercakap dalam baris. Budak macam ni memang kena banyak bagi motivasi bagi dia insaf tapi tak jadi juga.
Sesi memperkenalkan alat-alat untuk flying fox. Fuad dijadikan sebagai model untuk demo. Jadi, dengar dengan baik-baik sebelum terjadi apa-apa.

Fuh, bagaikan jantung ini tertinggal tika terbangkan diri ke bawah. Itulah agaknya yang terdetik dalam hati mereka ini, mendebarkan tapi menyeronokkan. One more...one more...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan