Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Selasa, 2 Mac 2010

Bakal-bakal Tentera Udara DiRaja Malaysia

Sekolah kita dijadikan sebagai tempat untuk membuat pemilihan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) bagi lepasan SPM. Calon-calon yang datang ini semuanya dari pelbagai Daerah dan Negeri. Mereka yang datang ni adalah calon-calon yang berminat dengan tentera udara. tapi tak ramai yang datang, sama ada mereka yang muda ni tak tahu atau tak mahu. Jadi, kepada pelajar lepasan SPM yang akan datang atau yang masih menganggur boleh la mohon supaya hidup anda terjamin. Tapi, sebelum tu pastikan tahap kesihatan fizikal dan mental anda amat memuaskan, kalau tak nanti akan ditolak mentah-mentah. Satu lagi perkara penting yang disyaratkan oleh pihak TUDM bagi calon temuduga TUDM iaitu kelulusan SPM mestilah baik dengan lulus dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pemilihan bagi memasuki TUDM adalah sangat menitikberatkan tahap fizikal seseorang itu, kelantangan suaranya dan akademik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan