Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Sabtu, 6 Mac 2010

Mesyuarat Rumah Sukan

Mesyuarat Rumah Sukan telah diadakan pada 5 Mac 2010 bagi menentukan ahli jawatan kuasa masing-masing. Mesyuarat ini bermula pada jam 7.45 pagi selepas Perhimpunan Pagi di dewan. Setiap rumah sukan dibahagikan tempat untuk bermesyuarat. Rumah Merah di Dewan Blok Baru, Rumah Biru dan Hijau di Dewan Serbaguna dan Rumah Kuning di Kantin.

Jadi, warga SMKTP sekalian maka bermulalah episod kita untuk melaksanakan aktiviti latihan sukan dengan mematuhi hari yang telah ditetapkan oleh S/U Sukan bagi setiap rumah sukan. Berusahalah kamu sebelum kamu diusahakan. Bersemangatlah demi rumah sukan masing-masing. Sesiapa yang aktif dalam sukan tu janganlah pendamkan bakat anda, dedahkan dan mantapkan lagi supaya tak terbantut....Tak rugi pun, kalau menang dapat MEDAL kalau kalah dapat pengalaman. Semangat satu pasukan mesti ada di kalangan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan