Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 1 Mac 2010

Marilah Kita Beramal Kepada Alam Sekitar

Hebat....sungguh hebat galakan yang diberikan oleh warga SMKTP kepada kempen yang di laksanakan oleh Pn. Yeow. 'Kempen Kitar Semula Alam Sekitar' ini telah berjaya mengumpul barangan terbuang atau terpakai dengan jumlah yang sangat besar. Buktinya? Lihat di bawah....

Dalam masa 3 hari sahaja (23 - 25 Feb 2010), barangan terbuang ini dapat dikumpulkan. Sungguh mengagumkan pada pandangan sinar pagi. Mengikut jumlah yang diperolehi selepas timbangan kesemua barangan tersebut:-
Aluminium > 20 kg
Besi > 3 kg
Kertas > 148 kg
Plastik > 88 kg
Plastik Beg > 1 kg

Tengoklah lori tu, penuh dengan muatan barangan terpakai dari sekolah kita sahaja. Untung Uncle tu, dia boleh buat bisnes dengan sekolah kita je. Gambar terakhir tu Pn.Yeow dengan uncle sedang mengira jumlah jualan yang diperolehi. Menurut Pn. Yeow, hasil yang tersebut akan di salurkan kepada badan-badan kebajikan yang akan diuruskan oleh beliau sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan