Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 10 Ogos 2009

Apa salah kalian...?

Pn. Rohani mengambil peranan dengan menghebahkan kepada para pelajar Tingkatan 3 & 5 yang beragama Islam supaya memaklumkan kepada ibu bapa bahawa hari Khamis malam Jumaat iaitu pada 13 Ogos 2009 akan diadakan solat hajat beramai-ramai di dewan sekolah sebagai persediaan untuk PMR dan SPM.

Jadi, semua pelajar dan guru beragama Islam digalakkan untuk menghadiri majlis yang penuh dengan keberkatan ini. Sama-sama juga kita mendoakan agar virus H1N1 kini tidak menular begitu hebat sehingga membawa kematian yang tidak diduga jumlahnya. Marilah kita meminta petunjuk dari-Nya dan permudahkan kehidupan kita tanpa penyakit berjangkit.





kenapalah si kecil ni..termenung mengenangkan nasib ataupun tiada siapa yang pedulikan kehadirannya di situ???? kesian... kesian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan