Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 10 Ogos 2009

Jaga-jaga wahai warga SMK Tanah Putih...H1N1

Hari ini pegawai kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan ke atas setiap pelajar yang tidak sihat. Jadi, mana-mana pelajar atau guru yang dapati dirinya tidak sihat boleh lah dapatkan pemeriksaan sebagai langkah berjaga-jaga... Ramai pelajar beratur di luar Bilik Rawatan untuk mendapatkan pemeriksaan secara percuma ini.
(Harap maaf : Gambar-gambar yang berkaitan terpaksa DIKUARANTIN...demi kesihatan....INI AYAT REKAAN SEMATA-MATA.... )

Kematian akibat dari Virus H1N1 ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Berita ini amat memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang mendengar dan membacanya. Orang ramai terutamanya para pelajar tidak digalakkan mengunjungi mana-mana tempat awam. Hal ini kerana dikhuatiri mendapat jangkitan virus tersebut secara tanpa sedar. Harus diingatkan bahawa virus ini mudah dijangkiti oleh kanak-kanak. Beberapa kematian melibatkan kanak-kanak lebih ramai berbanding orang dewasa.

Jadi, sebagai langkah untuk tidak dijangkiti virus tersebut, sama-samalah kita mengikut seruan kerajaan dengan membuat pemeriksaan segera jika didapati tidak sihat. Antara simptomnya adalah demam, selsema, sakit tekak, batuk.

Arahan dari Kementerian agar semua aktiviti di luar kelas dibatalkan. Jadi, semua aktiviti yang telah dirancang bagi minggu ini telah pun dibatalkan seperti Solat hajat, lawatan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan