Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Isnin, 17 Ogos 2009

Bekerjasama..inilah nilai yang diterapkan dalam diri pelajar SMKTP

Para pelajar ini adalah yang terpilih untuk menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti ini dibuat pada hari Sabtu (15 Ogos 2009) bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang. Kerjasama yang mereka berikan amatlah berbaloi kerana taman ini menjadi lebih indah di kawasan yang lapang berdekatan dengan Kantin dan Blok C. Taman ini pasti akan menjadi latar belakang untuk sesiapa saja yang ingin bergambar. Kalau tak percaya, kita tengok nanti ye....

Ha...simen elok-elok ye dik, jangan runtuh pulak batanya macam Taman Kelab Pencinta Alam Sekitar di belakang dewan sekolah nanti tak cantik pulak jadinya.
Cangkul baik-baik, nanti terkena kaki tak pasal-pasal masuk hospital.
Fuhhh..penat betul. Keringat membasahi dahiku..Inilah hasil kerja pelajar Tingkatan 3 tak perlulah disebut nama masing-masing nanti dikatakan nak mencari publisiti murahan pula. Terima kasih kepada yang membantu terutama sekali guru yang membimbing mereka iaitu Anisah Yusrina Bt Ahmad @ Saifuddin, Guru Penasihat Kadet Polis.

Sebenarnya, ini adalah Taman Kadet Polis.
...Sekian, terima kasih...

1 ulasan: