Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Selasa, 18 Ogos 2009

Kecoh...kecoh...3 orang pelajar kita telah dijangkiti H1N1!!!

Dengar sini semua pelajar...bawa bertenang...3 orang pelajar kita telah melakukan pemeriksaan darah dan 2 daripadanya disahkan positif. Oleh itu, cikgu akan edarkan surat penutupan sekolah akibat Influenza A ini sebagai langkah pencegahan. Penutupan sekolah bagi bencana wabak ini adalah sehingga 24 Ogos 2009. Maka, dengan itu penutupan ini bersambung dengan cuti sekolah penggal kedua sehingga 30 Ogos 2009 beserta Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2009. Pelajar & guru diwajibkan kembali ke sekolah pada 1 September 2009. Jangan tak datang pula. Kemungkinan Percubaan PMR akan bersambung minggu selepas cuti sekolah atau sehingga diberitahu kelak.

Para guru & pelajar diwajibkan berkurung di rumah sepanjang tempoh penutupan & cuti sekolah ini supaya tidak dijangkiti virus yang sedang mengganas ini.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri..Ingat semua bahawa virus ini akan menyerang golongan kanak-kanak bawah 15 tahun dan dewasa berumur 50 tahun ke atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan