Pagi Yang Bersinar

Pagi Yang Bersinar

Sabtu, 8 Ogos 2009

Encik See Koon Suan mewakili Pahang ke Bangkok bagi menghadiri British Council Connecting Classrooms

Seorang guru sekolah ini Encik See Koon Suan , telah menghadiri “British Council Connecting Classrooms – Coordinators’ Training” di Bangkok, Thailand dari 26 – 29 Julai 2009. Sesi latihan antarabangsa ini juga dihadiri oleh guru-guru dan pegawai-pegawai pelajaran dari Indonesia, Vietnam, Korea, Jepun, Taiwan dan juga tuan rumah, Thailand.

Latihan ini bertujuan melengkapkan para peserta-peserta dengan pengetahuan serta kemahiran menjalankan projek British Council Connecting Classrooms (BCCC) di sekolah masing-masing dengan jayanya.

Untuk makluman semua, projek BCCC mula dijalankan di sekolah ini dan 9 lagi sekolah di daerah Kuantan dan Pekan sejak 2008. Pada tahun ini dua buah kelas terlibat iaitu 1K12 dan 2K13. Projek ini juga dilaksanakan di negeri Johor, Penang, Sabah dan Sarawak.

Projek BCCC merupakan projek kolaborasi antarabangsa dan SMTP bergabung dengan sekolah-sekolah di Cardiff (United Kingdom) dan Hanoi (Vietnam). Untuk makluman lanjut projek sila melayari laman web BCCC di http://www.asiandialogues.com/ atau email bccc.smktp@gmail.com

Gambar 1 - En See bersama peserta-peserta dari Thailand, Vietnam, Indonesia dan England

Gambar 2 - En See sedang bertukar idea dengan peserta Thailand

Gambar 3- En See bersama penceramah dari UK dan guru-guru Malaysia yang lain

2 ulasan: